Reach Tax
Penalti seksyen 112(3) dikenakan terhadap kelewatan penghantaran borang cukai pendapatan dari tarikh yang sepatutnya dihantar. Kadar penalti adalah seperti berikut:
_________________________________________________
Tempoh Masa Kadar Penalti (%) Atas
Kelewatan Cukai Yang Dikenakan
Sehingga 12 bulan 15
Melebihi 12 bulan
hingga 24 bulan 30
Melebihi 24 bulan 45
Contoh:
Pada tahun 2020, Encik Maniam mempunyai pendapatan penggajian sebanyak RM60,000. Beliau mempunyai seorang anak di bawah umur 18 tahun. Insuran nyawa yang dibayar adalah sebanyak RM7,200 manakala insuran pendidikan dan perubatan adalah sebanyak RM3,600. Encik Maniam telah menghantar borang cukai pendapatan secara manual (bukan e-filing) pada 9 Julai 2021. Berikut adalah taksiran tahun 2020 bagi Encik Maniam:
RM
Gaji 60,000.00
Pendapatan Agregat 60,000.00
Pelepasan:
Individu 9,000.00
Anak di bawah 18 tahun 2,000.00
Insurans nyawa dan KWSP 6,000.00
Insurans pendidikan 3,000.00
Jumlah pelepasan 20,000.00
PENDAPATAN BERCUKAI 40,000.00
Cukai yang pertama 35,000 600.00
Cukai baki 5,000 8% 400.00
JUMLAH CUKAI PENDAPATAN 1,000.00
TAMBAH:
Penalti Sek. 112(3) [15%] 150.00
CUKAI KENA DIBAYAR 1,150.00
Jelas di sini penalti seksyen 112(3) yang dikenakan adalah RM150 dengan kadar penalti sebanyak 15% iaitu kelewatan sehingga 12 bulan.
Maksudnya jika kita bayar ansuran cukai pendapatan tapi tak ishtihar, kena penalti juga.